.
.









MAAF! LamanWeb www.330hyper.com Telah DiHentikan Perkhidmatannya.
Sila layari www.igloxpress.com.

| Login | Daftar | Laman Web iGLoXpress |

Sila baca Soal Jawab di bawah untuk makluman awal.

1. Kenapa Program HyProBulkSMS dan HyProBLAST tidak boleh di buka?
• Program HyProBulkSMS dan HyProBLAST telah dihentikan perkhidmatannya. Kesemua ahli HyProBulkSMS dan HyProBLAST telah dipindahkan ke dalam program iGLoXpress. Sila layari www.igloxpress.com

2. Kenapa Program HyProBulkSMS dan HyProBLAST dihentikan perkhidmatannya?
• Kedua-dua program ini dihentikan kerana syarikat ingin melaksanakan penjenamaan semula “rebranding” terhadap kedua-dua produk ini dan beberapa produk lain. iGLoXpress adalah produk penjenamaan semula yang telah di naik taraf “upgrade” kepada satu sistem yang lebih baik.

3. Adakah akan dikenakan sebarang bayaran apabila saya ingin menggunakan perkhidmatan iGLoXpress?
• Bekas ahli HyProBulkSMS dan HyProBLAST TIDAK akan dikenakan sebarang bayaran apabila menggunakan system iGLoXpress. TIADA bayaran keahlian, TIADA pendaftaran semula dan TIADA pemulangan wang kepada ahli HyProBulkSMS dan HyProBLAST apabila tidak bersetuju untuk menggunakan iGLoXpress (muktamad).

4. Bolehkah saya "login" ke iGLoXpress menggunakan "username" dan "password" lama HyProBulkSMS atau HyProBLAST?
• Boleh! Anda perlu ke laman web iGLoXpress, klik "login" dan isi menggunakan "username" dan "password" lama anda, jika anda lupa, hubungi syarikat untuk mendapatkan informasi berkenaan. Anda tetap dapat menggunakan perkhidmatan iGLoXpress.

5. Adakah sebarang bayaran akan dikenakan jika saya menjual sistem iGLoXpress kepada pembeli baru sepertimana program HyProBulkSMS dan HyProBLAST dahulu?
• Apabila anda menjual iGLoXpress kepada pembeli baru, TIADA bayaran akan diambil dari anda! Tetapi apabila anda membuat pengeluaran EP, anda akan dikenakan bayaran RM200.00 sebagai bayaran keahlian (sekali sahaja). Bayaran tersebut akan dipotong terus dari pengeluaran, anda tidak perlu bayar tunai kepada syarikat. Baki EP tersebut akan ditukarkan kepada AP (hanya kepada bekas ahli HyProBulkSMS dan HyProBLAST). Sila layari www.iGLoXpress.com

6. Bagaimanakah bayaran yuran keahlian ahli baru dibuat selepas bekas ahli HyProBulkSMS dan HyProBLAST mengaktifkan mereka?
• Pengaktifan boleh dilakukan dengan mudah tetapi yuran pendaftaran RM200.00 ahli baru harus di “bank-in” terus ke dalam akaun syarikat, jika tidak, syarikat akan buat potongan RM200.00 setiap pengaktifan dan akaun akan di "block" untuk bekas ahli HyProBulkSMS dan HyProBLAST apabila membuat withdrawal.

7. Apakah yang berlaku terhadap EP HyProBulkSMS dan HyProBLAST selepas dipindahkan ke iGLoXpress?
• EP HyProBulkSMS dan HyProBLAST akan dipindahkan ke EP iGLoXpress (berperingkat-peringkat), EP iGLoXpress pula akan ditukarkan kepada AP iGLoXpress untuk pengaktifan pembeli baru jika mencukupi, jika tidak cukup (kurang), anda perlu bayar kepada syarikat (hanya kepada bekas ahli HyProBulkSMS dan HyProBLAST).

8. Adakah pemberian cek komisen atau bonus akan dilakukan?
• TIADA pemberian cek kepada bekas ahli HyProBulkSMS dan HyProBLAST apabila membuat pengeluaran “withdrawal” EP memandangkan semua EP ditukarkan kepada AP (muktamad) tetapi jika ahli baru iGLoXpress, mereka akan diberikan cek selepas melakukan pengeluaran.

9. Apakah yang berlaku terhadap baki SMS “Top-Up” HyProBulkSMS dan HyProBLAST apabila pindah kepada iGLoXpress?
• Semua baki SMS “Top-Up” bekas ahli HyProBulkSMS dan HyProBLAST akan tukarkan berperingkat-peringkat kepada EP di dalam iGLoXpress (muktamad).

10. Adakah syarikat akan memasukkan kredit SMS 150 unit (iGLo500) dan 200 SMS (iGLo1000) ke dalam akaun iGLoXpress bekas ahli HyProBulkSMS dan HyProBLAST?
• TIDAK. Syarikat tidak akan memasukkannya (muktamad).

11. Kenapa HyProBulkSMS dan HyProBLAST dilakukan penjenamaan semula “rebranding”?
• iGLoXpress dilaksanakan kerana sistem telah dinaiktaraf “upgrade” dengan lebih baik.

12. Adakah iGLoXpress dan syarikat mempunyai lesen?
• Ada. Sila rujuk www.igloxpress.com

13. Berapa ramai ahli HyProBulkSMS dan HyProBLAST yang telah dipindahkan?
• Seramai lebih kurang 32,000 ahli HyProBulkSMS dan HyProBLAST telah dipindahkan.

14. Adakah syarikat akan membuat penerangan, “flyers”, iklan di akhbar dan “road tour” berkaitan iGLoXpress?
• TIADA buat masa ini tetapi akan dilakukan jika ada permintaan dari ahli-ahli.

15. Bolehkah ahli iGLoXpress menyediakan bahan-bahan promosi sendiri?
• BOLEH tetap harus mendapat kelulusan dan kebenaran dari syarikat. Ahli-ahli adalah terikat dengan Akta Jualan Langsung (AJL) Malaysia.

16. Adakah produk iGLoXpress masih seperti produk HyProBulkSMS dan HyProBLAST?
• TIDAK. Produk utama iGLoXpress adalah iGLo500 (RM500.00) dan iGLo1000 (RM1,000.00) serta beberapa produk sampingan. Sila rujuk www.igloxpress.com

17. Adakah pelan pemasaran iGLoXpress menyamai pelan pemasaran HyProBulkSMS dan HyProBLAST?
• Pelan pemasaran iGLoXpress tidak sama dengan pelan pemasaran HyProBulkSMS tetapi sama dengan pelan pemasaran HyProBLAST.


 

. hakcipta terpelihara iGLoXpress.com. paparan sempurna melalui Google Chrome .
.